Hi alls!,

Sejak balik dari Indonesia hari tu hakak tak lagi update blog sebab simpan duit nak honeymoon. And now I'm back! With many more experience to share! ~

Atas permintaan husband, ke Korea lagi lah kita. Katanya Korea je tempat yang paling best dalam hidup beliau. Jadi kita ikutkan je. Tapi Korea memang sangat best, aman, damai, tenang, tak banyak penyangak dan Insyallah selamat. Trip kali ni hakak singgah Jeju Island yang dikatakan 'One of 7 Wonder Nature'.

Bajet kali ni lebih sikit je dari yang lepas sebab tambah lagi satu malam, berbanding yang lepas. Kali ni hakak amik 2 malam di Jeju island, 3 malam di Seoul.

Yang tak boleh kenangnye, ingatkan dah masuk musim bunga. Awak siap larang husband bawak winter coat. Tak tau pulak rupenye tak masuk lagi musim bunga. Baru hujung2 winter. Bunga pun diorang baru nak tanam! Haha. Kesudahannya, duit habis beli winter coat. Sekian ~

Jom mulakan cerita dari hari yang pertama.

Departure KLIA 2 : 1.15 am

Arrival Busan : 7.35 am

Flight cost return : RM570

Untuk tukar domestik flight haruslah keluar dari International Airport, kemudian belok kiri. Jalan terussss je.

Sesampainya di Busan, melanguk lah hakak menunggu flight Korean Air ke Jeju Island. Salah bajet masa punya pasal, 8 jam hakak menebeng kat airport tu. Perlu diingatkan untuk sentiasa bawa kad bank yang korang guna untuk buat bookings. Macam hakak hari tu ada masalah sikit, nasib hakak bawak kad bank. Diorang nak tengok kad bank orang yang book!

Sampai kat Jeju Island dah pukul 4 lebih. Perjalanan sejam je. Melilau lah hakak mencari kat mana tempat nak pick up kereta sewa. Kalau ikutkan survey, katanya tunggu je kat gate 5 tapi tak nampak macam ada bus pun kat situ. Tapi hakak tunggu jugak dan akhirnya penantian tak begitu menyiksakan. Shuttle bus utk Sixth Rental Car akan datang 15 minit sekali. Masa tu hakak sewa kereta Kia Morning. Harga dalam RM200/sehari. Minyak dah siap full tapi nanti kena isi full semula bila pulangkan.

Station minyak korang tak payah risau sebab memang banyak sangat! Yang risaunya kadang2 ada station yang takde gasoline. Kena p cari station lain. Dan, harga minyak ada yang berbeza2 ikut suka hati station tu.

Lepas dapat kereta, kami terus check in hotel (yang amik masa lebih kurang sejam perjalanan dari Airport). Sampai hotel dah pukul 7 malam, siap mandi2, rest dan makan maggi, terus tidur charge batery untuk advanture esok!

p/s : Masa kat Airport jangan lupa amik je semua pamplet yang korang rasa boleh pakai. GPS kereta adalah dalam Korean Language, so korang kena masukkan number phone tempat yang korang nak pergi tu. So kena cari pamplet/map yang ada sediakan number telepon setiap tempat. GPS English ada diorang kasi tapi rasa macam lagi efficient yang Korean punya.

First day: Bangun seawal 6.00 am waktu Korea, bersiap breakfast maggi dan roti untuk mulakan hari dengan suhu 7 degree tanpa baju sejuk!. Satu hari ni memang kami plan nak cover banyak tempat sebab esoknya pagi nak terus gerak balik Airport.Bawah ni list tempat yang hakak cover untuk satu hari:

1. Jeju Maze Land

2. Udo Island

3. Sangbansan

4. Seongsan Ilchulbon

5. Cheonjeyeon Waterfall

6. Love Land

Ada sesetengah tempat hakak tak masuk dalam sebab kena hiking. Macam gunung2 tu semua hakak amik gambar je kat luar. Ini pun dah penat macam apa! Masa banyak habis kat Udo Island sebab banyak sangat tempat comel2 untuk bergambar! Dan banyak tempat yang korang boleh singgah untuk melawat.

Keesokan harinya pagi2 hakak gerak pukul 7.00 am untuk cover lagi beberapa tempat. Janji nak pulang kereta pukul 12.00 tengah hari, sempat lagi ni. So along the way nak balik tu hakak cover tempat bawah ni:

1. Mysterious Road

2. Yongmeori Coast

3. Jeju National University

Info selanjutnya untuk perjalanan ke tempat2 menarik tu akan diceritakan dalam episod yang akan datang. Now nak naik flight ke Seoul pula. Orang kata domestic flight Jeju Island paling murah boleh dapat dalam RM300. Tapi hakak dapat RM150 je. Jangan jeles ~ Stay tuned! ~

Khabar gembira untuk anda!

Kini anda tak perlu lagi nak serabut google kat mana makanan halal, tempat solat, arah kiblat dan bla bla bla ~ Dengan adanya application yang sangat mudah ni, semua maklumat kini dihujung jari anda. JANGAN RISAU! Application ni boleh sesuai digunakan untuk IOS dan Android! =)

Silalah download di store masing-masing ya? =)

Nah! Segalanya ada kan? Tapi saya cuma nak highlight 3 function je yang saya rasa paling penting dan 'memang nak pakai'. Yang lain tu uolls boleh study sendiri.

1) Prayer times for your next flight

Function ni paling best sebab kita boleh tahu waktu solat masa kat atas flight. Saya percaya ramai yang mempunyai masalah untuk tentukan masa solat kat atas flight sebab kita kadang2 tak tahu kat negara mana. Slalu main agak2 based on cahaya matahari.

So Insya Allah dengan apps ni kita dapat solat dalam waktu yang betul.

Bila dah set semua details, waktu solat dan arah kiblat boleh view walaupun offline. Kalau takut lupa boleh set reminder waktu solat kat setting.

2) Halal Food Spotter

Function ni bukan sahaja menyeneraikan kedai yang menjual makanan halal tapi kita pun boleh upload gambar makanan dan nama kedai untuk dikongsi dengan traveller lain. Sharing is caring.

Dengan adanya food spotter ni takdelah pening sangat kita nak cari halal food.

3) Travel Doa

Lepas ni takde lagi alasan untuk baca doa…

‘Aku tak hafal ler’

‘Banyaknya doa nak hafal’

Dengan apps ni korang buka aje lepas tu baca. Boleh set reminder kat setting kalau takut lupa. Doa yang ada dalam apps ni kira memadai dan semua doa tu berkaitan dengan travel.

So itulah 3 function yang I suka, maybe korang suka function lain. Tapi overall semua functions yang ada memang sangat berguna. I harap lepas baca review aku yang tak seberapa korang cepat2lah install yek. Kalau tak travel pun boleh guna kat Malaysia especially kalau nak cari masjid.

Hi! Seperti yang kita semua tahu, wabak MERS sedang menular di Korea Selatan buat masa ni. But not to worry, kerajaan Korea sedang berusaha untuk menghapuskan wabak tu. Wachaaa!

"Wabak MERS akan dikawal, walaupun mungkin mengambil sedikit masa," kata Chan. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62156.

Namun adakah ini memotongkan semangat anda untuk ke Korea? TIDAK! Jangan sesekali ada mindset macam tu. Kenapa? Sebab penyakit ni ada kat mana2. Kalau nak kena tu dalam rumah pun boleh kena. Tapi kita tetap jugak kena ambil langkah berjaga-jaga.

Kepada yang belum book tiket flight, mungkin anda boleh tunggu hingga keadaan betul2 reda baru plan untuk ke Korea (Tapi Airasia tengah buat promo sekarang return flight RM500++ =P). Untuk yang dah book tiket flight, JANGAN RISAU kerana keadaan kat sana sekarang sudah terkawal.

Kalau you'olls nak teruskan trip korang yang AWESOME tu, jom belajar beberapa PERKATAAN penting yang korang boleh guna sepanjang bercuti di Korea Selatan. Untung2 boleh dapat discount. =D

BASIC :

1. Hello/How are you – Annyeong haseyo

2. Goodbye – Annyeonghi gaseyo

3. Thank you – Gamsa hamnida

4. I’m sorry – Mian hamnida

5. My name is – Je ireu meun (name) imnida

6. I come from – Jeo neun (place) eseo wasseumnida

7. Do you understand me? – Ihae hasheo sseoyo?

8. Can you speak English? – Yeongeo halsu issuem nikka?

9. Help! – Towa juseyo

10. Airport – Gong hang

11. Subway – Jiha cheol

12. Taxi – Taek si

13. Toilet – Hwa jang sil

14. Hotel – Hotel

15. Restaurant – Sik dang

16. Marketplace – Si jang

17. Entrance – Ip gu

18. Exit – Chul gu

19. Drinking water – Naeng su

20. Tea – Chah

21. Beer – Maek ju

22. Coffee – Koh pee

SHOPPING TIME!! :

1. Is there/Do you have (object)? – (object) isseoyo?

2. How much? – Olma eyo?

3. This is so expensive – Bi ssa yo

4. Can I have a discount? – Kka kka ju seyo?

MASA UNTUK MAKAN! :

1. Can I have the bill? – Gye san seo ju seyo?

2. Please give me more side dishes – Banchan choo seyo

3. Please give me water – Mool choo seyo

4. Non-spicy – An mebge he juseyo

5. Delicious – Mashi soyo

MAU PERGI MANA YAA ~ :

1. Where is the (place)? – (Place) eodi yeyo?

2. Where is Bae Yong Joon? – Bae Yong Joon eodi yeyo?

3. How long does it take? – Eol mana geol lim nikka?

4. Please call me a taxi – Taeksi jom bulleo juseyo

5. Please stop here – Seweo juseyo

6. This *pointing to something* – I geot

7. That *pointing to something* – Jeo geot

NOMBOR :

0 – Gong

1 – Il

2 – Ee

3 – Sam

4 – Sa

5 – O

6 – Yuk

7 – Chil

8 – Pal

9 – Gu

10 – Sip

1000 – Cheon

2000 – Ee cheon

10,000 – Man

100,000 – Simman

1,000,000 – Baengman

WAKTU :

1. Now – Ji geum

2. Later – Na junge

3. Yesterday – Eo je

4. Today – Oneul

5. Tomorrow – Naeil

6. Morning – A chim

7. Afternoon – Ohu

8. Evening – Jeon yeok

9. Night – Bam

Si kaki cerita Korea mungkin biasa dengar perkataan - perkataan ni jadi you'olls boleh refer untuk dapatkan sebutan dan ejaan yang tepat sikit. Bagi yang tak reti nak sebut, tak reti nak bunyikan macam mana, korang boleh buka kat google translate, lepastu dengar macam mana dia pronounce.

SELAMAT MENCUBA! =D

Hye olls,

Kembali lagi! =D


First of all, let me introduce my friends yang join trip kali ni.




Yang comelote beg pink tu Suzie merangkap Project Planner. Tugas Suzie menyetelkan hal2 booking, call supir dan menentukan itinerary untuk trip ni. Yang pakai tudung tu nama dia Che Da merangkap AJK standby. Apa2 barang seperti charger, plastik, termasuk duit kalau tak cukup boleh mintak kat dia. Yang baju biru mata empat tu Matpit. Beliau bertugas sebagai AJK photographer untuk amik gambar2 kitorang yang suka bergambar ni. Tugas I pulak ialah menjaga budget dan dibantu oleh my partner yang pakai baju Everlast tu. Anywhere yang Suzie plan nak pergi, I akan tengok samada still under budget or not dan duit semua akan dipegang oleh Fahrul, my partner yang juga AJK pengikut. =)


Trip ni boleh kata trip gamble jugak sebab plan semua kelaut! Plan nak naik angkot, sehari sebelum gerak baru tau angkot ada macam2 warna dan menuju ke destinasi yang lain2! Tak sempat nak study apa, redah je lah.


Now lets start with budgetary!
RM600 RM600 RM600. Ye! Bajet kami cuma RM600 untuk 4D3N all in termasuk return flight, meals, transportation cost, entrance fee and SHOPPING! Cost ni adalah termasuk perjalanan dari Jakarta to Bandung and back to Jakarta. Kalau uolls pergi ke Jakarta atau Bandung saja, boleh lah cut cost dalam RM100.

Jom tengok cost yang weolls bayar selama trip Jakarta - Bandung ni.


Return Flight + Airport Tax = RM215

Bus Damri from Jakarta to Stasiun Gambir = RM13
Train to Stasiun Bandung - RM30
Supir to Bandung Hotel - RM26/5 = RM5.20
Cab to Rumah Mode = RM16/5 = RM3.20
Entrance Kawah Putih + Parking = RM25
Supir on 19th April 2015 = RM158/5 = RM31.60
Supir to Jakarta = RM225/5 = RM45
Supir to Airport = RM60/5 = RM12
Cab around Jakarta = RM4
Angkotan Kota = RM1
Bajai - RM3.00
Bus = RM1
Hotel = RM60 for 3 nights
Meals = RM50
Shopping = RM100 (for personal things excluding order from others)

Total = RM599

Lagi RM1 buat kasi kenangan kat pak supir. =)

Apa yang I  beli dengan RM100?

Jeans - RM30
Kasut - RM20
T-Shirt I love Bandung - RM4
T-Shirt I love Jakarta - RM4
Blouse Zara - RM30
Beg barang - RM10

Total = RM98 =)


Now jom move to the itinerary!


Flight weolls adalah pukul 9.50 pagi waktu Malaysia. Perlu diingatkan,
jam Indonesia awal satu jam dari Malaysia which is jam diorang pukul 8.50 pagi. So masa tu I sampai Airport Jakarta pukul 10.50 pagi waktu Indonesia.

Sesampainya di Airport tu, terus menuju ke toilet (of course) dan seterusnya ke pintu keluar. Oh ya! Lepas turun dari flight tu kena naik bus untuk ke Terminal. Agak payah bagi orang yang kurang berkemampuan, tapi pelan2 boleh kan? ;)


Lepas keluar je dari pintu Airport tu, langsung ke kiri, jalan terus dan menuju ke seberang jalan. Kat situ nanti akan ada ramai orang panggil2 uolls untuk bagi khidmat kereta sewa. Uolls boleh bajet2 retis sekejap tapi
JANGANNNN sesekali beli perkhidmatan diorang tu sebab MAHAL dan MAHAL! Naik bus Damri baru RM13 ke Stasiun Gambir. Bus siap ada wifi lagi uolss! Kaunter bus ada kat tengah2 lepas uolls menyeberang jalan tu okay! Bak kata Tourist Information, ikutin Jalur 4!


Kaunter bus Damri ada area sini.

Perjalanan hampir satu jam boleh tahan berbahang jugak. Tapi korang expect apa? Bus city liner pun sama je condision nya kan? Lagipun Jakarta agak panas berbanding Bandung. Mungkin faktor kepesatan ekonomi menyumbang kepada air polution.

 Stasiun Gambir kecil je tulis kat belakang tu =)

 Lepak makan sementara tunggu train lagi dua jam

 Before naik ke platform

Sementara tunggu train

Cabaran pertama bermula. Nak naik train tapi tak beli tiket siap2. Lambat 5 minit je, train dah berlepas. Terpaksa tunggu lagi dua jam.Perjalanan train Agro Parahyangan ke Bandung adalah dalam 3 jam. Kalau uolls tak tidur, scene sepanjang perjalanan memang superb! Tak macam kat Malaysia, railway diorang takde penghadang. So siapa yang tinggal kat tepi2 railway tu petang2 duduk minum kopi sambil tengok train lalu. Seronok tengok diorang! Selain tu kita akan nampak jalanraya yang dibahagikan untuk laluan kereta sahaja dan bus sahaja. Kalau untuk bus ada tulis 'Bus Way' gitew. Selebihnya I tak dapat tengok banyak sebab letih sangat dan tidur sepanjang perjalanan. Tapi sempat jugak tengok bendang! =)

Kat Malaysia macam takde bendang. =D

Melintasi sungai setinggi 400 meter tanpa sebatang tiang. Dasyat!

Cabaran ke dua! Dah sampai Stasiun Bandung, lepas tu nak pergi hotel naik apa? Kalau ikut plan nak naik angkot, pergi tanya kat kaunter kalau naik angkot kena tukar 3x. Ahh, tak kuasa mak! Teksi Blue Bird pun tak nampak2, finally naik je kereta sapu. Masing2 tak pikir pasal bajet janji selamat sampai hotel. Keluar je dari tempat train tu, nah! teksi Blue Bird berlambak parking kat luar! -.-'

Sampai je hotel Pulas Inn terus kami check in. Dari luar nampak macam sedih tapi kalau masuk dalam not bad lah. Tak payah nak expect lebih2 sangat kalau bayar RM60 satu malam kan? Wifi nya pun lumayan deh! Tu yang penting. Laju bangat!

Lepas rilek2 tukar baju semua weolls terus keluar cari makan. Rasa2 macam nampak ada shopping mall dekat2 situ, tapi dah jalan dalam satu kilometer jugak tak sampai2. Penyudahnya makan kat warung tepi jalan yang boleh tolak2 tu. Diorang panggil tenda. Hehe.



RM4 siap dengan air teh o panas =)

Tak sia2 akak jalan, ayamnya enak bangat!!! Kitorang dah berangan malam esok nak ayam 3 ketul!!

Lepas makan weolls tahan teksi dan terus ke Rumah Mode. Landscape nya bagus bangat kok! Tenang je rasa. Ruginya tak dapat lepak lama kat situ. Masuk je dalam outlet semua terus hilang dalam timbunan baju2 original kat situ. Tak sempat nak pilih banyak dah nak tutup kedai pula. Dapat lah blouse sehelai.



Jumpa kawan Suzie yang jugak officemate yang I tak sempat jumpa sebab dia dah berhenti awal.

Hari ke-2 di Bandung, Supir jemput di hotel jam 7.30 pagi untuk ronda2 sekitar Bandung. First place we went was Kawah Putih. Lumayan capeknya! Jalannya kok macet. Mobil juga rapat semua. Mau ke kiri kek, ke kanan kek, nggak bisa. -.-'


Ni Pak Budi, supir yang bawak kitorang jenjalan. Pendiam dan pemalu orangnya. Tapi kalau hulur makanan tak pernah tolak. =D

 Warung tu yang diorang panggil 'tenda'

 Kereta kuda bersepah sepanjang perjalanan

 Macet!

 Gigih akak panjat










Bangun, tidur, bangun, tidur, akhirnya dua jam setengah baru sampai ke destinasi. KAWAH PUTIH!



 Ontang-Anting ni naik macam tuk-tuk tu sampai puncak dengan harga RM4.50 sehala. Nak bawak kereta naik atas pun okay parking RM45 =)



 Kena beli mask sebab bau belerang kuat kat sana

Tapi tak pakai mask pun














Lepas lepak dalam sejam kat Kawah Putih, terus pergi jalan2 di Tea Plantation. Tea Plantation ni sepanjang jalan ada. Tak payah bayar pun.


 Smileeee, keching!



 Saujana mata memandang. Cewah!






Lepas ke Ladang Teh tu, on the way balik ke Bandung singgah dulu Rumah Stoberi. Kat sini banyak Rumah Stoberi petik sendiri. Dah petik tu nanti, sila timbang dan bayar ye!



Blueberry pun ada

Sama macam kat Malaysia, cuaca di Bandung hujan2 jugak masa tu. Masa kat Rumah Stoberi pun dan gerimis. Cepat2 beli buah, lepas settle je terus pergi makan. Disebabkan lapar yang terlampau, buah2 tu kejap je settle dalam kereta. =D




Singgah makan kat warung depan Pertamina (petrol station). Makanannya Ya Allah sumpah sedap!!! Sama jugak dalam RM4-5 je satu hidangan. Dengan view yang cantik kat bawah tu, Subhanallah! Kalau boleh buat rumah kat situ aku dah buat dah!

Lepas makan terus ke Pasar Baru. Tapi time tu dah pukul 3.30 petang. Pasar Baru pulak tutup pukul 5 petang. Masing2 berpecah cari barang masing2. Cabaran ke-3, tak beli simcard! Tak boleh contact supir, tak boleh contact siapa2. Janji pukul 5 nak tunggu kat simpang masuk tadi. I dengan Fahrul pukul 5.30 baru jumpa jalan keluar. Cuak weh bila tengok keadaan macam tak boleh jumpa je diorang ni. Janji pukul 5 petang sepatutnya dah ada! Tambah buruk bila tempat tu takde tempat menunggu so Pak Budi memang tak boleh tunggu kitorang!


Sedang I tercari2 macam orang gila tu, tiba2 nampak kelibat indon muka macam Matpit. Baru je I nak bukak langkah, dengar suara Suzie dan Che Da menjerit2 panggil kitorang. Rupanya diorang dah tawaf satu kali sementara tunggu I. Hehe.


Rupanya mat indon yang aku nampak tadi memang Matpit! Dia tunggu I dengan Fahrul rupanya. Now turn I pulak menjerit panggil matpit. Keluar suara jantan mak! =P


Dah settle part tu, lepas ni nak pergi mana ya? ~~ (ala - ala Fara Quinn). Ohh, iya! Sebelum keluar pagi tadi, Suzie sempat jumpa satu tempat best. Cibaduyut! Tempat barangan kulit original weh!! Jom tengok apa pulak ada kat sana!


** Maaf tiada gambar. Tettt!!*


Kalau uoll pernah pergi Pantai Chenang, Langkawi, macam tu lah suasana Cibaduyut ni. Kiri kanan sepanjang jalan ada kedai jual kasut, jeans, jaket kulit, beg and so on. Ada jugak shopping mall! Kita cuma ada masa dalam sejam je untuk jalan2 sebelum waktu service supir tamat. So masing2 pun jalan laju2 kaut apa yang patut. I sempat rembat kasut kulit dan baju I love Bandung. Kena beli weh esok nak jalan takde baju!


Pukul 7 petang terus weolls pulang ke hotel. Contract habis pukul 7.30 petang so ngam2! Lepas bayar supir, rilek2 jap kat bilik sambil kira duit yang tinggal, terus weolls keluar nak cari kedai ayam best semalam tu. Setelah berjalan kira2 satu kilometer, akhirnya............... Nah, ayam dah habis! Ayam habis, sotong habis, ikan habis, satay habis, habis! Habis! Habis!! Takde rejeki nak makan ayam tu lagi, kitorang makan je kat kedai masakan padang dekat2 situ.


Cabaran ke-4! Lepas makan nak beli tiket tren. Kononnya kena beli awal sebab takut habis. Alpa Mart dan Indo Maret ada jugak mesin untuk beli tiket tren ke Jakarta. Jadi kita pergi ke Alfa Mart kat sebelah kedai makan tadi je. Dannnn..... Nah! Tiket habis semua! Habis! Habis! dan Habis lagi!


Nak call supir, simcard tak beli. Nak pinjam phone awek cashier, phone nya dalam locker. Last option, balik hotel dan pinjam telephone hotel. Sampai hotel, orangnya pulak takde! Arghhhh! Ni last! Ni last! Try whatsapp je guna wifi hotel. Nasib baik boleh!


Setelah deal dengan supir 750.000 rp untuk ke Jakarta (ni paling murah I rasa), esoknya jam 8.30 pagi supir dah tunggu. Orang cakap pukul 9.00, awal bebeno pulak deme.


Sebelum ke Jakarta, sempat singgah Kartika Sari untuk beli2 makanan sikit. Sedap2 kuih kat sana. High recommended place! Uolls harus singgah dan beli kuih muih kat sana okay!



 Rasa nak nangis tengok kek kuning yang penuh cheese tu!

 Kuih muih tempatan

 Chocolate section



 Tart telur ni RM0.70 je satu. Sedap pulak tu!

 Lasagna inside!

Tengok lah cheese dia yang seketul tu. Sepanjang2 kuih tu ialah cheese didalamnya!

Masa tu supir ajak pergi Factory Outlet mana tah lepas ke Kartika Sari ni. Tapi sebab weoll nak cepat sampai Jakarta, plus takut jam yang teramat disebabkan Afrika Conference tu, weolls tak singgah mana2 dah. 






Sampai je Jakarta, semua orang terus bangun dari tidur dalam keadaan excited yang teramat tengok Tanah Abang tu. Mata masing2 bersinar2 tengok banyak kedai2 shoping. Tiba2, cabaran ke-5, supir pun tak tahu hotel kitorang kat mana! Kitorang lagi lah tak tahu! So biar je lah pandai2 lah supir tu nak cari kan jalan. Hehe. 







Dan bila sampai di hotel, cabaran ke-6 pula! Booking dua bilik, booking asing2. Satu Suzie book, satu I book. Boleh pulak lain2 cawangan dibook nya! Hadoiii! Nasib baik under hotel yang sama, kena lah tambah duit sikit untuk transferkan budak2 lelaki tu ke hotel yang sama dengan kitorang! Lepas check in, tunggu Maya yang kita jumpa kat Rumah Mode tu untuk bawa weolls jalan2.

Tiba masa untuk makan dan shopping! Maya bawa weolls jalan2 dalam bangunan hijau tu. Dalam bangunan hijau tu ada ni.







Di Jakarta pun nak ayam penyet lagi! =D

Kalau Pasar Baru Bandung ada banyak jual kain ela, lain pula cerita kat Tanah Abang ni yang banyak jual baju2 casual, busana, kasut dan lain2 dalam satu building. 

Lepas je shopping2, kita naik bajai pergi jumpa sorang lagi kawan Suzie di Grand Indonesia Mall yang ala ala Pavillion tu.






Scary weh bajai yang kecik tu naik 5 orang! Sampai pak polisi tu tanya kat bapak yang bawak bajai tu 'pak, bisa kah ini pak?'. Polis tu pun nampak tak yakin. Ni kira cabarak ke-7 sebab pandai2 je naik bajai. Buatnye tak sampai ke tempat yang dituju bukan kita tau pun. Dah lah pakcik ni ikut jalan dalam nak elak jam, cara pemanduan pakcik pun agak bahaya. Actually cara pemanduan semua penduduk Indon ni bahaya. Dah lah tu, kena tipu pulak tu! Tambang patutnya dalam 15.000rp tapi kitorang kena 50.000rp. -.-'
















Bila dah jumpa kawan Suzie, beliau bawak jalan2 naik bus ke Menara Monas dan jalan2 sekitar Jakarta.





 Bus Jakarta ni macam LRT. Dua bus gabung jadi satu. 

 Tepi sekali ni Ramadon, kawan Suzie.

 Menara Monas Yeay!

 Tempat wajib bergambar bila berada di Jakarta

 Gelandangan






 Naik angkotan kota


Maya dan Ramadon yang bawa kita jalan2 ni

Akhirnya dah penat jalan2, masing2 pulang ke tempat asal. Sampai je kat hotel, weolls terus panggil tukang urut untuk manjakan body kitorang yang hot ni. 150.000 seorang untuk 90 minit. Okay lah kot ~

Last day, pukul 9.30 pagi weolls gerak ke Soekarno Hatta Airport Terminal 3 untuk balik ke Malaysia. Airport ialah Bandara kalau dalam bahasa Indonesia. Korang jangan jadi macam weolls ni yang dah macam ayam cakap dengan itik. Supir tanya nak ke Bandara ke? Ingatkan Bandara tu bandar, beria kitorang cakap bukan. Kitorang cakap nak ke Airport. Agaknya dia call kawan dia baru dia paham.

Tips! Plan nak amik supir tu kena betul2 sikit. Kalau rasa2 nak guna banyak kali, better book with the same person/agency. Jadi macam kitorang ni kena mahal sikit sebab asyik tukar2. Maklum lah plan ke laut kan. Nak ke airport kena lah dalam 200.000 rp. Okay lah janji selesa ~

 Ayam Penyet for last! 










 Kena naik bus nak ke kapal terbang. Macam masa mula2 sampai hari tu

Dalam bus for last! 2 minit je naik bus nya pun

Alhamdulillah, end of Indonesia trip! Lepasni kemana kita ya? ~ =D