Jalan - jalan Kuching, Sarawak

0 Comments
Hai Korang!

Kalau ada yang perasan last entry I masa tahun 2013 I posted pasal nak bercuti ke Sarawak and nah...! Hari ni baru nak update. Ngeh ngeh ngeh...

Kuching Sarawak, I pergi masa September 2013 and this is my very first time naik kapal terbang. Untuk trip ni dua minggu juga I chill2 kat sana since ada kawan study kat Unimas.



Yeay dah sampai! Sarawak Bumi Kenyalang.

I sampai Airport Kuching hari selasa and had to wait till friday before my friend Dian sampai. After Dian sampai baru weolls jalan2. So selasa hingga jumaat tu I lepak bilik dan ikut kawan pergi register class kt campus. 

Hari sabtu weolls start jalan2 and the first place yang kitorang visit ialah Taman Buaya! Memang Taman Buaya ni kat Melaka pun ada kan? Tapi seperti yang kita tahu, Sarawak ni kaya dengan buaya besar2 dan terkenal dengan kisah Bujang Senang.

Entrance fee untuk Taman Buaya ni ialah RM16 untuk pelancong dari semenanjung. Jarak Taman Buaya ni dari Bandar Kuching hampir sejam jugak kalau tak silap.

Kalau perhati betul2 Taman Buaya kat tempat lain tak sepenuh buaya2 kat tasik ni kan? Mungkin macam tak nampak sangat buaya tu tapi memang penuh lah!

After ke Taman Buaya, weolls move to Serikin untuk shopping2. Jarak Serikin dengan Taman Buaya dalam sejam lebih jugak lah. Korang jangan confuse Sarikei dengan Serikin. Serikin tu tempat shopping, Sarikei tu rasanya macam pekan kecil yang ada tugu nenas tu. Serikin ni katanya sempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Kalau nak ke sini dinasihatkan supaya isi minyak kereta awal2 sebab sepanjang jalan takkan jumpa dah stesen minyak! Make sure minyak kereta cukup untuk perjalanan sejam pergi, sejam balik. =)


Kain murah2 kat sini.


 Terlangsung lalu kat gua ni, singgah kejap ambil gambar. Tak ingat dah nama gua ni.

Lepas penat shoping, weolls lepak kat Kuching Waterfront dan jalan2 kat bandar. What I can say, I love this city. Orang lain I tak tahu tapi for me memang I suka pulau2, tapi I lebih tertarik dengan tempat yang boleh chill, fun and shopping! =D



Beca roda 4 ni ada dekat dengan waterfront tapi kedai nya macam belakang2 sikit. Kena rajin cari. Harga sewa RM25 untuk satu jam. Percayalah, naik 10 minit pun dah cukup! Weolls jumpa ni sebab nampak ada orang nak pulangkan ke kedai jadi kitorang follow je orang tu. =D

Lagi satu nak bagitau, naik beca ni menambahkan dosa. 3 orang kena kayuh, driver control stering je. Yang mengayuh orang belakang. Orang depan pulak sorang asyik tekan break, sorang asyik berselfie. Kau dah penat kayuh, orang lain asyik tekan break, tak sakit hati mak? Sepanjang satu jam ni memang penuh dengan sumpah seranah. Tapi bila ingat balik memang rasa nak tergelak je. What a memory! =)


Waktu malam lepak Kuching Waterfront. Kebetulan masa ni sambutan Hari Kebangsaan buat kat Kuching, memang langkah kanan lah gamaknye.

Hari ahad tu ekspedisi diteruskan dengan melawat Kampung Budaya Sarawak! Entrance Fee RM60 untuk orang semenanjung, RM15 untuk orang Sarawak. Sarawak je atau Borneo, tak pasti pula! Tapi memang tak rugi masuk sini. Pukul 11.00 pagi ada pertunjukan free. Memang terbaik! Sayang pulak tak simpan gambar. Masa show tu ada macam2 tarian kebudayaan Sarawak, ada sumpit2, ada abang Iban hensem jugak tu! Heee.



 Try titi ni. Payah jugak nak jalan kena senget2 kan kaki. 


 Tangga yang curam!


 Pakcik ni jaga rumah tu. Macam gatal sikit lah.


 Dalam rumah2 budaya tu, ada masak2 kuih tradisional Sarawak. Boleh lah beli2 buat merasa. Pandai diorang ni buat duit. =)






View ni paling okay lah kot bagi I. =D

Selain tu uolls boleh jugak try menyumpit dengan abang Penan kat situ. I tak try sebab dah terlampau penat. Lagipun abang Penan pakai cawat je, cek malu! =D

Lepas je ke Kampung Budaya tu, kita move ke Kuching Waterfront untuk beli Kek Lapis Sarawak yang terkenal tu. Naik kereta kena bayar tol. Jadi kita naik sampan je bayar 50 sen satu kepala.

 Best je suasana macam ni!





Ada demo sikit.

Ada macam2 warna kek lapis ni. Bukan ikut perisa sangat tapi sumpah rambang mata tengok keunikan corak2 tu. Tak tahu mana nak pilih! Selain tu, kalau uolls nak beli ikan terubuk masin, kat sini lah tempatnya! Kat celah2 lorong nak ke kedai kek lapis tu banyak orang jual dan murah dan besar! 3 ekor RM10 weh!! RM30 aku beli!!!  


Dalam besar2 ni lah. Besar lah jugak kan? Sumber: Google.

Dah selesai shoping kek lapis, weolls jalan2 je kat bando Kuching tu beli sourvenier, baju, beg dan yang penting, bergambar kat tempat wajib!

Tugu Bandar Kuching, Kucing.

Selama ni I selalu ingat tugu kuching ni besar sangat2. Bila tengok depan2 rasa tak boleh blah kejap. Paras2 kita je rupanya! Ambil je lah gambar buat kenangan.

Last malam sebelum Dian balik KL, lepak2 dulu kat Shopping Mall, Samarahan.

Kat Kuching ni fofular dengan RJ Ayam Bakar. 2, 3 kali jugak I dapat merasa hidangan ayam bakar tersebut dan memang baik! Kalau kat Samarahan depa selalu beli Nasi Ayam Mak Entek? Ahh tak pasti macam mana eja macam mana sebut! Lepas je hantar Dian balik KL, I menghabiskan masa lagi seminggu dengan melayan Nasi Mak Entek tu puas2!

Apa2 pun, Alhamdulillah selamat trip yang pertama kali naik kapal terbang ni. Balik tu I berseorangan and still can survive. Thanks kawan2 yang bagi direction. Asalkan ada keinginan, anywhere is possible to go. 

Hope you guys enjoy reading ya! =)





You may also like

No comments: