Santai2 pulau - Krabi

0 Comments
Hoihai! 

Entry kali ni I kasi tips dan bajet untuk ke Krabi pulak. Perjalanan flight ke Krabi ni kalau dari KLIA 2 ada lah dalam 2 jam. tapi masa balik tu 1 jam 15 minit je I dah sampai KLIA 2. Agaknya pilot tu bawa laju ataupun trafic tak jam. 

Krabi ni pun antara percutian yang tak dirancang. I tengok kawan sebelah meja kat office I nak bercuti ke Krabi, I pun saje2 lah tengok tiket dan...... MURAH! Masa promotion AA tu I dapat RM115 je per pax. Sungguh berbaloi2! 

TIPS JIMAT! Krabi ni sebenarnya bermusim. Tapi bukan 4 musim. Ada panas dan tengkujuh je. Tengkujuh selalunya antara bulan Jun hingga Disember. Tapi yang hujan paling lebat dan memang sia2 kalau pergi adalah dari bulan Oktober ke Disember. Selalunya bila start musim tengkujuh ni harga barang, hotel semua nya turun BANYAK! Ye lah dah tentu tak ramai orang datang, lepas tu kau nak tekan harga, lagi lah orang takkan datang kan?

I pergi bulan September. Murah memang murah tapi ikut nasib je. Thank god masa nak balik tu baru hujan lebat selebat2nya!


Masa I pergi dulu perbelanjaan I habis dalam RM500 for 3 days 2 nights. Bajet yang lebih detail I tulis kat bawah ni. Ni kiraan untuk satu kepala tau!

1. Return flight = RM115 exclude luggage
2. Hotel = RM25/night x 2 nights = RM50
3. Transportation = RM50
4. Meals = RM80
5. Activities
     i. Elephant Ride = RM45
     ii. 7 Islands = RM60
     iii. Massage = RM20
     iv. Scooter = RM20
6. Shopping = Korang kira lah sendiri! Heee


TIPS JIMAT! Tak payah nak hotel mahal2 sangat, tak payah aktiviti yang beria sangat kalau pergi pun tak lama. Yang paling penting, JANGAN LUPA BARGAIN!!!

Jom kita start pengembaraan dari awal. Sampai2 je kat Krabi Airport, korang tak payah risau dah pasal transportation. Turun2 je pergi ke kaunter, cakap nak cab ke Ao Nang. Harga dalam 600 baht, dapat van yang untuk 12 orang tu. So kalau pergi ramai2, SOOOO JIMAT! Lagi bagus kalau uolls tulis alamat hotel siap2 sebab driver tu kadang tak reti speaking. Jadi kau tepek je alamat tu kat dahi dia. Hehe.

Sampai je kat hotel dah petang. Ada lah dalam setengah jam dari Krabi nak ke Ao Nang tu. I stay kat Ascott Hotel. Sampai2 je terus bagi receipt agoda tu kat receiptionist dan..... 'Nah! Here is your key! Yeayy!' =D


Harga bilik ni RM50 je satu malam masa I pergi tu

Malam tu weolls just sewa motor dan jalan2 je. Sewa scooter RM20 per day dan senang didapati di tempat yang berdekatan dengan hotel. So uolls jangan risau yahh! Malam tu jugak after makan, I pergi beli sourvenior siap2. Yang ni adalah digalakkan sebab nanti bila kita dah penat2 mandi laut semua kita dah tak payah pikir pasal benda2 ni. Boleh balik hotel terus tidur! Dan malam tu jugak kita bermassage sampai patah riuk. *-*





Pekan Ao Nang

Jangan lupa malam tu jugak siap2 beli pakej untuk aktiviti tau! Uolls jaaaangaaann sesekali beli pakej kat tempat lain selain kat pekan Ao Nang ni. Kat sini banyak pakej yang murah yang penting apa? BARGAINN!!

Esok tu pagi2 I pergi naik gajah. Naik gajah tu memang akan spend sejam atas gajah. Sampai korang rasa nak terjun turun lah jugak. Dah lah gajah tu slow, boleh pulak hujan lebat time tu! Lepas tu gajah tu merajuk taknak jalan, tak nak dengar cakap pulak tu! Orang tak bagi pergi tebing dia nak pergi jugak. Hampir je weolls nak jatuh dalam parit tu!

Gajah berendam. Kalau nak pakej mandikan gajah pun ada tapi mahal sikit. =)


Perlu diingatkan, apa2 aktiviti kat Krabi ni, diorang akan pick up and hantar kita balik ke hotel. Jadi tak usah bimbang tentang transport! Actually sebelum naik gajah tu I pergi breakfast dulu. Bila datang Krabi, uolls wajib try ni!


Pancake dengan Teh ais yang uolls takkan jumpa kat tempat lain!


Lepas makan, lepas naik gajah, I pergi aktiviti pulau pulak iaitu 7 ISLANDS! 7 island ni start pukul 2 petang sampai 9.30 malam. Sumpah penat! Nak MURAH naik je long tail. Anyway takde lah bahaya sangat pun and FUN! 




Sementara nak tunggu 7 Island tu santai2 lah dulu =)















Untuk 7 Islands ni diorang dah provide sekali untuk dinner di pulau dan mineral water. So lepas dah duit makan malam. Hehe. yang bestnya lepas makan tu kita akan dijamukan dengan pertunjukan api. Rasa semua orang pun tau kan? Tak payah lah I tunjuk gambar. 


Lepas dinner dah rasa tak sabar2 nak sampai hotel. Sumpah tak larat wehh! Sampai je hotel tu mandi2 memang terus tidur je. Tak boleh pikir apa dah. Tu kalau bukan sebab kena air laut, memang tak mandi pun I terus tidur je. Sebab penat yang tersangat!


Last day tu I just sewa scooter lagi sekali dan jalan2 kali terakhir beli barang2. Flight pukul 4.25 petang, so after lunch tu boleh lah gerak pergi airport. Jangan lupa sebelum balik tu cari cab kat Ao Nang town. Kalau tambang pergi RM60 satu van, balik I bayar RM45 naik Toyota Fortuner! So cheap yeyeahh!!






Selamat bercuti kepada yang nak bercuti tu. The end.. ~



You may also like

No comments: