Back to Nature - Kota Kinabalu, Sabah

0 Comments
Hello People!

Kali ni nak share pasal trip ke KK yang dah berkurun pergi tapi tak pernah share.

Trip ni ialah masa bulan Januari 2014. Once again AA buat promotion, tapi tak ingat dah harga tiket tu. Dalam RM69 kalau tak silap.

Perjalanan akan makan masa selama hampir dua jam. Sebelum nak ke KK tu apa yang kita perlu buat?

1. Book flight
2. Senaraikan tempat2 menarik
3. Cari hotel yang dekat dengan tempat2 menarik, buat reservation
4. Kira bajet transportation dan entrance fees
5. Survey harga makanan supaya dapat buat bajet untuk makan


Dalam entry ni I tolong uolls untuk memudahkan sikit uolls nak survey2. Masa I pergi dulu bajet dalam RM600 untuk 3D2N all in termasuk shopping. Once again, These are for a pax.

1. Flight - RM84 including luggage (luggage share dengan kawan)

2. Transport - Kawan bawa jalan2, RM40 untuk isi minyak
3. Hotel - RM80 untuk dua malam
4. Makan - RM150
5. Shoping - Kira sendiri!


For me, uolls boleh kurang kan bajet makan tu sikit sebenarnya. Bajet I tu dah lari disebabkan makan seafood tak ingat dunia, kena lah sorang RM50. Siapa kata seafood kat Sabah murah? Mahal okay! I rasa sarawak jauh lebih murah kalau nak dibandingkan.

Untuk shopping pulak memang I suggest korang bawak duit lebih. Sebabnya bila korang dah tengok mutiara2 Sabah yang murah2 tu nanti, mau bersinar berkilau bijik mata korang tu! Bayangkan gelang2 semua dalam RM10 je? Rasa macam nak kaut semua masuk dalam beg! =D

Lupakan pasal harta dunia tu dulu, now jom tengok checklist tempat best untuk kita pergi bila berada di Kota Kinabalu ni.

1. Muzium Sabah & Kampung Budaya (RM2) 

2. Kampung Budaya Monsopiad (RM55)
3. Pantai Tanjung Aru
4. Platform Pemerhati Bukit Signal
5. Kota Kinabalu Waterfront
6. Pasar Ranau
7. Pasar Piliphine
8. Pasar Sinsuran
9. Menara Jam Atkinson
10. Pusat Tanah Lembab
11. Memorial Perang Petagas
12. Kinabalu Park (2 hours from KK, RM3 per car)
13. North Borneo Steam Rail
14. Kundasang War Memorial
15. Pekan Kundasang & Pekan Nabalu
16. Perdana Park
17. Pasar Malam Kampung Air
18. Pasar Ikan Masin
19. Jesselton Point
20. Manukan Island (Return Ferry RM30)
21. Rumah Terbalik Tamparuli (Rm10)


So far ni je lah yang disenaraikan. Yang I dah strike tu plak ialah tempat2 yang I tak pergi. Anyway, jom layan gambar2 kat bawah ni. =)


Ketibaan di Kota Kinabalu Airport

 Sampai2 je terus ke Perdana Park. Air Pancut Berirama ada setiap setengah jam dari pukul 7.00 pm hingga 8.30 pm.



After check in hotel, melahap seafood. Ni yang kena sampai RM50 satu kepala ni.

Untuk hari kedua, kita mula berjalan jauh sikit dari bandar. Sementara nak menghala ke Kinabalu Park, singgah2 lah dulu kat Muzium & Kampung Budaya, Rumah Terbalik Tamparuli, Platform Pemerhati, dan Jesselton Point.






 Muzium & Kampung Budaya Sabah ni terletak sebelah2 je. Senang sekali harung.





 Rumah Terbalik Tamparuli. Jalan ada lah dalam 5 minit, terbang RM10. Janji merasa. =)



 Pekan Nabalu

 Tempat wajib ambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tempat ni tepi jalan je on the way ke Kinabalu Park tu. =)








Touched down! Yeay!

 Platform Pemerhati Bukit Signal. Tempat ni kat dalam bandar jugak.

 Tempat naik ferry ke Manukan Island


Jessolton Point. Tempat wajib ambil gambar jugak bila menjejakkan kaki di Negeri Bawah Bayu ni. =)

 Hari ke-3 ke Manukan Island yeayyy!! <3<3







 Cantikkan air tu? Masa ni air pasang, nak tenggelam dah jetty tu. *Tolong ignore mamat separa bogel kat depan tu mekaseh*

 Ni shoot paling cantik lah ni bagi I. Kehkeh

 Bulatan Todak. Hehe. Pandai2 je aku kan. =D



 Pasar Ikan masin. Kat sini banyak jual ikan2 kering hasil laut.

 Last kopek! Shopping kasi habis duit Sabah yang tinggal. Macam lah kena tukar duit sangatkan. =D

Finally, home call. Thanks to Aunty and Taufik kerana menemani kita jalan2. 


Apa-apa pun tulisan diatas hanyalah sekadar dari hasil survey dan pengalaman sekali je ke sana. Orang2 Sabah kalau ada salah silap yang nak tegur tu boleh personally email or leave a comment ya! Tata ~ ;)


You may also like

No comments: