Hello People!

Kali ni nak share pasal trip ke KK yang dah berkurun pergi tapi tak pernah share.

Trip ni ialah masa bulan Januari 2014. Once again AA buat promotion, tapi tak ingat dah harga tiket tu. Dalam RM69 kalau tak silap.

Perjalanan akan makan masa selama hampir dua jam. Sebelum nak ke KK tu apa yang kita perlu buat?

1. Book flight
2. Senaraikan tempat2 menarik
3. Cari hotel yang dekat dengan tempat2 menarik, buat reservation
4. Kira bajet transportation dan entrance fees
5. Survey harga makanan supaya dapat buat bajet untuk makan


Dalam entry ni I tolong uolls untuk memudahkan sikit uolls nak survey2. Masa I pergi dulu bajet dalam RM600 untuk 3D2N all in termasuk shopping. Once again, These are for a pax.

1. Flight - RM84 including luggage (luggage share dengan kawan)

2. Transport - Kawan bawa jalan2, RM40 untuk isi minyak
3. Hotel - RM80 untuk dua malam
4. Makan - RM150
5. Shoping - Kira sendiri!


For me, uolls boleh kurang kan bajet makan tu sikit sebenarnya. Bajet I tu dah lari disebabkan makan seafood tak ingat dunia, kena lah sorang RM50. Siapa kata seafood kat Sabah murah? Mahal okay! I rasa sarawak jauh lebih murah kalau nak dibandingkan.

Untuk shopping pulak memang I suggest korang bawak duit lebih. Sebabnya bila korang dah tengok mutiara2 Sabah yang murah2 tu nanti, mau bersinar berkilau bijik mata korang tu! Bayangkan gelang2 semua dalam RM10 je? Rasa macam nak kaut semua masuk dalam beg! =D

Lupakan pasal harta dunia tu dulu, now jom tengok checklist tempat best untuk kita pergi bila berada di Kota Kinabalu ni.

1. Muzium Sabah & Kampung Budaya (RM2) 

2. Kampung Budaya Monsopiad (RM55)
3. Pantai Tanjung Aru
4. Platform Pemerhati Bukit Signal
5. Kota Kinabalu Waterfront
6. Pasar Ranau
7. Pasar Piliphine
8. Pasar Sinsuran
9. Menara Jam Atkinson
10. Pusat Tanah Lembab
11. Memorial Perang Petagas
12. Kinabalu Park (2 hours from KK, RM3 per car)
13. North Borneo Steam Rail
14. Kundasang War Memorial
15. Pekan Kundasang & Pekan Nabalu
16. Perdana Park
17. Pasar Malam Kampung Air
18. Pasar Ikan Masin
19. Jesselton Point
20. Manukan Island (Return Ferry RM30)
21. Rumah Terbalik Tamparuli (Rm10)


So far ni je lah yang disenaraikan. Yang I dah strike tu plak ialah tempat2 yang I tak pergi. Anyway, jom layan gambar2 kat bawah ni. =)


Ketibaan di Kota Kinabalu Airport

 Sampai2 je terus ke Perdana Park. Air Pancut Berirama ada setiap setengah jam dari pukul 7.00 pm hingga 8.30 pm.



After check in hotel, melahap seafood. Ni yang kena sampai RM50 satu kepala ni.

Untuk hari kedua, kita mula berjalan jauh sikit dari bandar. Sementara nak menghala ke Kinabalu Park, singgah2 lah dulu kat Muzium & Kampung Budaya, Rumah Terbalik Tamparuli, Platform Pemerhati, dan Jesselton Point.






 Muzium & Kampung Budaya Sabah ni terletak sebelah2 je. Senang sekali harung.





 Rumah Terbalik Tamparuli. Jalan ada lah dalam 5 minit, terbang RM10. Janji merasa. =)



 Pekan Nabalu

 Tempat wajib ambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tempat ni tepi jalan je on the way ke Kinabalu Park tu. =)








Touched down! Yeay!

 Platform Pemerhati Bukit Signal. Tempat ni kat dalam bandar jugak.

 Tempat naik ferry ke Manukan Island


Jessolton Point. Tempat wajib ambil gambar jugak bila menjejakkan kaki di Negeri Bawah Bayu ni. =)

 Hari ke-3 ke Manukan Island yeayyy!! <3<3







 Cantikkan air tu? Masa ni air pasang, nak tenggelam dah jetty tu. *Tolong ignore mamat separa bogel kat depan tu mekaseh*

 Ni shoot paling cantik lah ni bagi I. Kehkeh

 Bulatan Todak. Hehe. Pandai2 je aku kan. =D



 Pasar Ikan masin. Kat sini banyak jual ikan2 kering hasil laut.

 Last kopek! Shopping kasi habis duit Sabah yang tinggal. Macam lah kena tukar duit sangatkan. =D

Finally, home call. Thanks to Aunty and Taufik kerana menemani kita jalan2. 


Apa-apa pun tulisan diatas hanyalah sekadar dari hasil survey dan pengalaman sekali je ke sana. Orang2 Sabah kalau ada salah silap yang nak tegur tu boleh personally email or leave a comment ya! Tata ~ ;)
Hoihai! 

Entry kali ni I kasi tips dan bajet untuk ke Krabi pulak. Perjalanan flight ke Krabi ni kalau dari KLIA 2 ada lah dalam 2 jam. tapi masa balik tu 1 jam 15 minit je I dah sampai KLIA 2. Agaknya pilot tu bawa laju ataupun trafic tak jam. 

Krabi ni pun antara percutian yang tak dirancang. I tengok kawan sebelah meja kat office I nak bercuti ke Krabi, I pun saje2 lah tengok tiket dan...... MURAH! Masa promotion AA tu I dapat RM115 je per pax. Sungguh berbaloi2! 

TIPS JIMAT! Krabi ni sebenarnya bermusim. Tapi bukan 4 musim. Ada panas dan tengkujuh je. Tengkujuh selalunya antara bulan Jun hingga Disember. Tapi yang hujan paling lebat dan memang sia2 kalau pergi adalah dari bulan Oktober ke Disember. Selalunya bila start musim tengkujuh ni harga barang, hotel semua nya turun BANYAK! Ye lah dah tentu tak ramai orang datang, lepas tu kau nak tekan harga, lagi lah orang takkan datang kan?

I pergi bulan September. Murah memang murah tapi ikut nasib je. Thank god masa nak balik tu baru hujan lebat selebat2nya!


Masa I pergi dulu perbelanjaan I habis dalam RM500 for 3 days 2 nights. Bajet yang lebih detail I tulis kat bawah ni. Ni kiraan untuk satu kepala tau!

1. Return flight = RM115 exclude luggage
2. Hotel = RM25/night x 2 nights = RM50
3. Transportation = RM50
4. Meals = RM80
5. Activities
     i. Elephant Ride = RM45
     ii. 7 Islands = RM60
     iii. Massage = RM20
     iv. Scooter = RM20
6. Shopping = Korang kira lah sendiri! Heee


TIPS JIMAT! Tak payah nak hotel mahal2 sangat, tak payah aktiviti yang beria sangat kalau pergi pun tak lama. Yang paling penting, JANGAN LUPA BARGAIN!!!

Jom kita start pengembaraan dari awal. Sampai2 je kat Krabi Airport, korang tak payah risau dah pasal transportation. Turun2 je pergi ke kaunter, cakap nak cab ke Ao Nang. Harga dalam 600 baht, dapat van yang untuk 12 orang tu. So kalau pergi ramai2, SOOOO JIMAT! Lagi bagus kalau uolls tulis alamat hotel siap2 sebab driver tu kadang tak reti speaking. Jadi kau tepek je alamat tu kat dahi dia. Hehe.

Sampai je kat hotel dah petang. Ada lah dalam setengah jam dari Krabi nak ke Ao Nang tu. I stay kat Ascott Hotel. Sampai2 je terus bagi receipt agoda tu kat receiptionist dan..... 'Nah! Here is your key! Yeayy!' =D


Harga bilik ni RM50 je satu malam masa I pergi tu

Malam tu weolls just sewa motor dan jalan2 je. Sewa scooter RM20 per day dan senang didapati di tempat yang berdekatan dengan hotel. So uolls jangan risau yahh! Malam tu jugak after makan, I pergi beli sourvenior siap2. Yang ni adalah digalakkan sebab nanti bila kita dah penat2 mandi laut semua kita dah tak payah pikir pasal benda2 ni. Boleh balik hotel terus tidur! Dan malam tu jugak kita bermassage sampai patah riuk. *-*





Pekan Ao Nang

Jangan lupa malam tu jugak siap2 beli pakej untuk aktiviti tau! Uolls jaaaangaaann sesekali beli pakej kat tempat lain selain kat pekan Ao Nang ni. Kat sini banyak pakej yang murah yang penting apa? BARGAINN!!

Esok tu pagi2 I pergi naik gajah. Naik gajah tu memang akan spend sejam atas gajah. Sampai korang rasa nak terjun turun lah jugak. Dah lah gajah tu slow, boleh pulak hujan lebat time tu! Lepas tu gajah tu merajuk taknak jalan, tak nak dengar cakap pulak tu! Orang tak bagi pergi tebing dia nak pergi jugak. Hampir je weolls nak jatuh dalam parit tu!

Gajah berendam. Kalau nak pakej mandikan gajah pun ada tapi mahal sikit. =)


Perlu diingatkan, apa2 aktiviti kat Krabi ni, diorang akan pick up and hantar kita balik ke hotel. Jadi tak usah bimbang tentang transport! Actually sebelum naik gajah tu I pergi breakfast dulu. Bila datang Krabi, uolls wajib try ni!


Pancake dengan Teh ais yang uolls takkan jumpa kat tempat lain!


Lepas makan, lepas naik gajah, I pergi aktiviti pulau pulak iaitu 7 ISLANDS! 7 island ni start pukul 2 petang sampai 9.30 malam. Sumpah penat! Nak MURAH naik je long tail. Anyway takde lah bahaya sangat pun and FUN! 




Sementara nak tunggu 7 Island tu santai2 lah dulu =)















Untuk 7 Islands ni diorang dah provide sekali untuk dinner di pulau dan mineral water. So lepas dah duit makan malam. Hehe. yang bestnya lepas makan tu kita akan dijamukan dengan pertunjukan api. Rasa semua orang pun tau kan? Tak payah lah I tunjuk gambar. 


Lepas dinner dah rasa tak sabar2 nak sampai hotel. Sumpah tak larat wehh! Sampai je hotel tu mandi2 memang terus tidur je. Tak boleh pikir apa dah. Tu kalau bukan sebab kena air laut, memang tak mandi pun I terus tidur je. Sebab penat yang tersangat!


Last day tu I just sewa scooter lagi sekali dan jalan2 kali terakhir beli barang2. Flight pukul 4.25 petang, so after lunch tu boleh lah gerak pergi airport. Jangan lupa sebelum balik tu cari cab kat Ao Nang town. Kalau tambang pergi RM60 satu van, balik I bayar RM45 naik Toyota Fortuner! So cheap yeyeahh!!






Selamat bercuti kepada yang nak bercuti tu. The end.. ~

Hello People!

Sebelum trip Korea ni jadi basi, I better write it down now or never. =D

Korea trip ni ialah sesuatu yang diluar perancangan. Since tak jadi ke Phuket, I'd decided to go to Seoul untuk menikmati musim sejuk. Masa I pergi tu hujung bulan Januari. Kalau ikut kiraan patutnya masih bersalji. Agaknya musim dah berubah, berapa ketul je salji yangg dijumpai. Actually dalam sebulan dua jugak I gigih study pasal Korea. Apa yang nak kena tau pasal Korea ni? Haaa jangan kata tak perlu study! Disebabkan I dah study, I boleh cut cost to RM1900 including return flight, meals, accommodation, transportation, entrance fees and SHOPPING for 5 days 6 nights!

Macam mana boleh jadi 6 nights tu? Masa tu kitorang gerak pukul 1.00 am waktu Malaysia and balik pun sampai Malaysia lewat malam juga. Kira 4 malam tidur hotel, 2 malam dalam flight. Tak payah nak hotel sangat lah. Kite stay bajet guesthouse je yang biliknya super duper kecik!

Okay taknak cerita panjang, I rasa ramai yang nak tau pasal bajet kan? Meh sini I listkan perbelanjaan untuk trip ke Korea nih:

1. Hotel RM50/night x 4 nights = RM200
2. Return flight = RM1000 including luggage
3. Meals RM40/day x 5 days = RM200
4. Transportation + entrance fees = RM200
5. Shopping = Korang kira lah sendiri ye. Heee

Untuk yang melancong secara backpackers, korang tak payah nak shopping beria sangat. Cukup lah sekadar beli baju I Love Korea untuk family, beli ketip kuku untuk kawan2 sebagai sourvenier.Kalau nak best lagi, everything yang memerlukan pembelian, korang book je online. Senang sampai sana je terus menerus ke tempat yang dituju. Tak payah risau tak cukup duit ke apa kan?

Kat bawah ni itinerary masa I bercuti di Seoul. I bagi tempat2 yang I pergi je lah ye? Tak macam panjang sangat plak kalau nak bagi full itinerary.

1. Nami Island
2. Itaewon Town
3. Myeongdong Market
4. Namdaemun Market
5. Dongdaemun Market
6. Hello Kitty Cafe at Hongdae
7. Gyeongbukgong Palace
8. Namsagol Hanok Village
9. Namsan Tower
10. Cheongecheon Stream

Rasa2 tempat tu je lah I pergi. Nanti kalau ada lagi yang teringat I tambah kemudian. Tapi banyak yang I pergi dua tiga kali sebab terlalu best! macam Myeongdong market tu sumpah best bagi orang yang sukakan happening place macam I ni! Dongdaemun pun I pergi dua kali sebab pekena ikan bakar dengan kimchi yang super deliciousssss! Jom I belanja uolls gambar kat Myeongdong Market dan Dongdaemun.

                                                                 Dongdaemun Town



                                                                Myeongdong Market

Perlu diingatkan perjalanan ke Pulau Nami adalah dalam sejam lebih naik ITX train. I dah book online tiket tu so sampai je kat Yongsan Station I terus claim original ticket. Kalau uolls nak buat reservation boleh di korail.com.  ITX train ni super duper laju! Sekali dia lalu depan kita berdesup dah hilang. No wonder ITX jadi train nombor 2 terbaik didunia selain bersih dan selesa =)

                                                                 Kena naik ferry =D




                  Tempat wajib amik gambar bagi semua yang berkunjung ke Pulau Nami




Pulau Nami ni famous sebab cerita Winter Sonata. Bagi peminat drama2 Korea, memang gila lah pergi tempat ni. Bagi peminat Running Man, wajib ke Gymyujeong Rail Ride sebab diorang pernah buat pengambaran kat sana. (kenapa macam pelik je ejaan pengambaran ni? Ntah lah..)

The rest of the trip, uolls boleh enjoy gambar2 kat bawah ni. Sebarang pertanyaan boleh lah tinggalkan comment atau email amirah_saharudin@yahoo.com for fast response. =)

                                                                     Hello Kitty Cafe

                           

                                                                      Namsan Tower


Untuk ke Pulau Nami, uolls boleh pilih nak naik Zipwire yang macam flying fox 2 minit terus ke Pulau atau naik ferry 5 minit.


                                                                Gyeongbuk Gong Palace

                                                               Cheongecheon Stream

                                         Pekena ikan bakar dengan kimchi di Dongdaemun


                                                                  Myeongdong Market


                                                              Namsagol Hanok Village


                                                                Try makanan Korea =)

                                         Antara airport terbaik dunia Incheon Airport, Seoul