Khabar gembira untuk anda!

Kini anda tak perlu lagi nak serabut google kat mana makanan halal, tempat solat, arah kiblat dan bla bla bla ~ Dengan adanya application yang sangat mudah ni, semua maklumat kini dihujung jari anda. JANGAN RISAU! Application ni boleh sesuai digunakan untuk IOS dan Android! =)

Silalah download di store masing-masing ya? =)

Nah! Segalanya ada kan? Tapi saya cuma nak highlight 3 function je yang saya rasa paling penting dan 'memang nak pakai'. Yang lain tu uolls boleh study sendiri.

1) Prayer times for your next flight

Function ni paling best sebab kita boleh tahu waktu solat masa kat atas flight. Saya percaya ramai yang mempunyai masalah untuk tentukan masa solat kat atas flight sebab kita kadang2 tak tahu kat negara mana. Slalu main agak2 based on cahaya matahari.

So Insya Allah dengan apps ni kita dapat solat dalam waktu yang betul.

Bila dah set semua details, waktu solat dan arah kiblat boleh view walaupun offline. Kalau takut lupa boleh set reminder waktu solat kat setting.

2) Halal Food Spotter

Function ni bukan sahaja menyeneraikan kedai yang menjual makanan halal tapi kita pun boleh upload gambar makanan dan nama kedai untuk dikongsi dengan traveller lain. Sharing is caring.

Dengan adanya food spotter ni takdelah pening sangat kita nak cari halal food.

3) Travel Doa

Lepas ni takde lagi alasan untuk baca doa…

‘Aku tak hafal ler’

‘Banyaknya doa nak hafal’

Dengan apps ni korang buka aje lepas tu baca. Boleh set reminder kat setting kalau takut lupa. Doa yang ada dalam apps ni kira memadai dan semua doa tu berkaitan dengan travel.

So itulah 3 function yang I suka, maybe korang suka function lain. Tapi overall semua functions yang ada memang sangat berguna. I harap lepas baca review aku yang tak seberapa korang cepat2lah install yek. Kalau tak travel pun boleh guna kat Malaysia especially kalau nak cari masjid.