Hi alls!,

Sejak balik dari Indonesia hari tu hakak tak lagi update blog sebab simpan duit nak honeymoon. And now I'm back! With many more experience to share! ~

Atas permintaan husband, ke Korea lagi lah kita. Katanya Korea je tempat yang paling best dalam hidup beliau. Jadi kita ikutkan je. Tapi Korea memang sangat best, aman, damai, tenang, tak banyak penyangak dan Insyallah selamat. Trip kali ni hakak singgah Jeju Island yang dikatakan 'One of 7 Wonder Nature'.

Bajet kali ni lebih sikit je dari yang lepas sebab tambah lagi satu malam, berbanding yang lepas. Kali ni hakak amik 2 malam di Jeju island, 3 malam di Seoul.

Yang tak boleh kenangnye, ingatkan dah masuk musim bunga. Awak siap larang husband bawak winter coat. Tak tau pulak rupenye tak masuk lagi musim bunga. Baru hujung2 winter. Bunga pun diorang baru nak tanam! Haha. Kesudahannya, duit habis beli winter coat. Sekian ~

Jom mulakan cerita dari hari yang pertama.

Departure KLIA 2 : 1.15 am

Arrival Busan : 7.35 am

Flight cost return : RM570

Untuk tukar domestik flight haruslah keluar dari International Airport, kemudian belok kiri. Jalan terussss je.

Sesampainya di Busan, melanguk lah hakak menunggu flight Korean Air ke Jeju Island. Salah bajet masa punya pasal, 8 jam hakak menebeng kat airport tu. Perlu diingatkan untuk sentiasa bawa kad bank yang korang guna untuk buat bookings. Macam hakak hari tu ada masalah sikit, nasib hakak bawak kad bank. Diorang nak tengok kad bank orang yang book!

Sampai kat Jeju Island dah pukul 4 lebih. Perjalanan sejam je. Melilau lah hakak mencari kat mana tempat nak pick up kereta sewa. Kalau ikutkan survey, katanya tunggu je kat gate 5 tapi tak nampak macam ada bus pun kat situ. Tapi hakak tunggu jugak dan akhirnya penantian tak begitu menyiksakan. Shuttle bus utk Sixth Rental Car akan datang 15 minit sekali. Masa tu hakak sewa kereta Kia Morning. Harga dalam RM200/sehari. Minyak dah siap full tapi nanti kena isi full semula bila pulangkan.

Station minyak korang tak payah risau sebab memang banyak sangat! Yang risaunya kadang2 ada station yang takde gasoline. Kena p cari station lain. Dan, harga minyak ada yang berbeza2 ikut suka hati station tu.

Lepas dapat kereta, kami terus check in hotel (yang amik masa lebih kurang sejam perjalanan dari Airport). Sampai hotel dah pukul 7 malam, siap mandi2, rest dan makan maggi, terus tidur charge batery untuk advanture esok!

p/s : Masa kat Airport jangan lupa amik je semua pamplet yang korang rasa boleh pakai. GPS kereta adalah dalam Korean Language, so korang kena masukkan number phone tempat yang korang nak pergi tu. So kena cari pamplet/map yang ada sediakan number telepon setiap tempat. GPS English ada diorang kasi tapi rasa macam lagi efficient yang Korean punya.

First day: Bangun seawal 6.00 am waktu Korea, bersiap breakfast maggi dan roti untuk mulakan hari dengan suhu 7 degree tanpa baju sejuk!. Satu hari ni memang kami plan nak cover banyak tempat sebab esoknya pagi nak terus gerak balik Airport.Bawah ni list tempat yang hakak cover untuk satu hari:

1. Jeju Maze Land

2. Udo Island

3. Sangbansan

4. Seongsan Ilchulbon

5. Cheonjeyeon Waterfall

6. Love Land

Ada sesetengah tempat hakak tak masuk dalam sebab kena hiking. Macam gunung2 tu semua hakak amik gambar je kat luar. Ini pun dah penat macam apa! Masa banyak habis kat Udo Island sebab banyak sangat tempat comel2 untuk bergambar! Dan banyak tempat yang korang boleh singgah untuk melawat.

Keesokan harinya pagi2 hakak gerak pukul 7.00 am untuk cover lagi beberapa tempat. Janji nak pulang kereta pukul 12.00 tengah hari, sempat lagi ni. So along the way nak balik tu hakak cover tempat bawah ni:

1. Mysterious Road

2. Yongmeori Coast

3. Jeju National University

Info selanjutnya untuk perjalanan ke tempat2 menarik tu akan diceritakan dalam episod yang akan datang. Now nak naik flight ke Seoul pula. Orang kata domestic flight Jeju Island paling murah boleh dapat dalam RM300. Tapi hakak dapat RM150 je. Jangan jeles ~ Stay tuned! ~